Monday, 3 March 2014

Ilmu Tafsir Mimpi

Tafsir mimpi menurut ulama-ulama muktabar yang arif mengenai takbir dan tafsir mimpi seperti Imam Ibnu Sirin dan yang lain-lain.

Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

1. Bermimpi menunaikan solat bermakna akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.

2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji bermakna dosa anda akan diampunkan dunia dan akhirat.

3. Bermimpi memasuki masjidil haram atau melakukan tawaf di baitullah bermakna anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada dalam kesakitan ia akan segera sembuh.

4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman bahagia.

5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur’an di rumah anda bermakna anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan yang dilakukan.

6. Jika bermimpi membaca qur’an dengan suara yang lanjut bermakna panjang usia anda.

7. Jika bermimpi berpuasa bermakna anda akan mendapat kekayaan atau menjadi orang yang berpakat besar.

8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud bermakna anda akan bertapa.

9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat.

10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain.

11. Bermimpi diri atau rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan akhirat.

12. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan bermakna anda akan mendapat berita yang gembira.

13. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan segala suruhan Allah Taala.

14. Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar.

15. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit bermakna anda akan mengalami kesukaran.

16. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda bermakna rumah anda dipelihara daripada sebarang kejahatan.

17. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat.

18. Jika bermimpi diri di panah orang bermakna anda akan mengirim berita kepada orang.

19. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian.

20. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan diakhiri dengan kejayaan.

21. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan.

22. Bermimpi mengenai permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat.

23. Bermimpi memakai gelang perak di kaki bermakna anda akan mendapat kebajikan.

24. Bermimpi duit terbelah dua bermakna anda akan bergaduh.

25. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang berpengaruh atau berpangkat besar.

26. Bermimpi berkain hijau bermakna segala kerja yang dilakukan akan mendapat keredhaan Allah Taala.

27. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar.

28. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan meninggal dunia dan kalau terkoyak baju alamat kematiannya.

29. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah bermakna pekerjaan anda diberkati.

30. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup.

31. Bermimpi makan gula bermakna seseorang akan berduka cita.

32. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita.

33. Jika bermimpi memakan ubat bermakna anda akan berada dalam keadaan aman dan sentosa.

34. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita anda akan berjaya.

35. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

36. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat kemalangan atau mati.

37. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan anda akan kehilangan harta.

38. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang besar.

39. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh bermakna anda akan difitnah.

40. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

41. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding bermakna anda akan memperolehi kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

42. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan orang jahat.

43. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati.

44. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk bermakna pekerjaan anda akan sempurna.

45. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu.

46. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh menandakan anda akan dipermuliakan orang.

47. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan dengan orang baik.

48. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga.

49. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan mendapat pahala di dunia dan akhirat.

50. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan.

51. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu oleh Allah S.W.T.

52. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan anda akan mendapat kebajikan.

53. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, bermakna anda akan memperoleh isteri, ilmu dan harta yang halal.

54. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya bermakna anda akan memperoleh kebajikan dengan sempurna.

55. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta yang ditanggung.

56. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim bermakna anda akan menjadi penghulu besar.

57. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri.

58. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit.

59. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan bermakna anda akan memperoleh harta atau anak.

60. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika bermimpi mati hidup semula bermakna kehendak anda akan diperoleh.

61. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur bermakna anda akan beroleh kekayaan.

Rahsia Sunnah Nabi Muhammad SAW : Larangan Meniup Air Panas

Dari Ibnu Abbas, "Sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minumm." (HR.Al-Tirmidzi no.1888 dan Abu Dawud no.3728, dan hadits ini disahihkan oleh Al-Albani)

Dalam penelitian sains :
Alasannya ialah reaksi yang ditimbulkan jika senyawa air dan karbondioksida menyatu. Karna jika meniup... air panas, struktur molekul dalam air akan berubah menjadi zat asam yang membahayakan kesihatan. Dan ternyata dalam penelitian dan analogi Science modern, jika air panas (H2O) bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2), maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk kedalam tubuh manusia, maka bila prosesnya berlangsung terus menerus dpt memberikan efek kurang baik bagi kesihatan tubuh kita. Subhanallah..

Tafsir Mimpi Berkaitan Kematian

l-Ustaz Abu Sa’id berkata,
“Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Mereka berkata: ‘Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami.”
(Surah al-Mukmin ayat 11)

  • Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang.

  • Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.

  • Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.

  • Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya.

  • Menurut satu pendapat, bermimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang ahli keluarganya.

  • Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta.

  • Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya.

  • Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati bermakna dia akan terlepas dari musuhnya.

  • Jika dia melihat seolah-olah seseorang berkata kepada seseorang: “Si Polan meninggal dunia “, maka terjadi kesusahan bagi yang memberitahukan itu.

  • Jika orang hamil bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap, maka dia akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira.

  • Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan.

  • Sedangkan mimpi meratap, sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya bercerai-berai.

  • Sedangkan mimpi menangis, ada tafsiran dari Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: “Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian tidak baik mimpinya.

  • Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang yang dikenalinya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya.”

  • Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu.

  • Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya.

  • Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu.

  • Dan tafsiran sebahagian mereka (ahli mimpi), sesiapa yang melihat seolah-olah dia bersahabat dengan orang mati bermakna dia akan pergi merantau jauh dan di sana dia mendapat kebaikan yang banyak.

  • Jika dia bemimpi makan bersama orang-orang mati bererti panjang umurnya.

Mukjizat Madu dalam Al-Quran

Segala sesuatu yang diciptakan Allah SWT pasti tak ada yang sia-sia. Di antara ciptaan Sang Khalik yang istimewa adalah lebah. Serangga yang satu ini menempati posisi penting dibanding serangga lainnya. Tak heran jika lebah dijadikan salah satu nama surat dalam Alquran.

Lebah memang spesial. Ia merupakan makhluk Allah SWT yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Dalam penjelasan surah An-Nahl yang tercantum dalam Alquran dan Terjemahannya disebutkan bahwa ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Alquranul Karim.

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."

Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah diteliti oleh ilmuwan Muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni Ibnu Sina (890-1037). Menurut Ibnu Sina, madu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta mengatur sekresi, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.

Ibnu Sina juga telah meneliti khasiat madu untuk perawatan kecantikan tubuh. Menurut Ibnu Sina, madu dan minyak zaitun mampu menjadi obat mujarab yang digunakan sebagai kosmetika yang memiliki beragam khasiat.

Dosa terhadap Ibu Bapa dalam Hadis.

Rasulullah SAW bersabda, dengan maksud:

Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendakNya, hingga ke hari Qiamat, kecuali balasan menderhakai kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati - Diriwayatkan oleh Al-Hakim

Kisah Nabi Sulaiman AS bersama Si Miskin dan Si Kaya

Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Ada golongan yang kaya dan ada juga golongan yang miskin.

Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia kelihatan begitu miskin, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.

Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, “Ya Nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya.”

Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT.

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, ” Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, sedangkan aku jarang dapat makan, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu pasang ini saja! “.

Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Tidak lama kemudian ada seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.

Dia berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, kadang kala aku merasa terganggu dengan hartaku itu.”

Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT.”

“Ya Nabi Allah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya”, jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya.

Kemudian, apa terjadi adalah si kaya itu menjadi semakin kaya kerana Allah SWT menambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Manakala si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.

Bila menyebut mengenai kesyukuran, tentu kita teringat tentang firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu: 

“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat.

Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.

Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya.

Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran: 

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)

Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan “Alhamdulillah”. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan “Alhamdulillah” itu hanyalah untuk mempermain-mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan “Alhamdulillah”. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkan di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan “Alhamdulillah” dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.

Firman Allah : Maksudnya:

“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk cover balik apa yang dikorbankan ke jalan Allah itu.

Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.
Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.

RINDU

rindu.......
Aku selalu mengharap kasih dari manusia
Sedangkan kasihMu pada ku Sudah melebihi kasih sekelian makhlukMu....

Biarlah rindu dan kasihku hanya padaMu ya Allah
Semoga  rindu dan kasihMu  ya Allah tetap padaku....

 Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:


“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Tapi aku selau berkeluh kesah dengan ujianMu yang sedikit...
Bukan setandingpun dengan ujian para rasul, hatta alim ulamak..

Malu rasanya untuk aku menghadapkan wajahku...
Di hadapanMu .... ya Allah...

”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  
terdetik juga kata di dalam hati,
 “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” 
 Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah aku sudah mempersoalkan kuasa Mu ya Allah...
padahal aku hanyalah hambaMu. 
Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal.
 Namun, itulah kelemahan ku.
Aku sering alpa dan terlupa...