Kamal Ataturk Bapa Sekular Turki Menerima Penghinaan Allah Dikala Matinya
KEJAHATAN dan keganasan Kamal Ataturk menghancurkan umat Islam di Turki
begitu dahsyat sekali. Sekiranya Kamal Ataturk ini lahir di zaman
adanya rasul iaitu ketika wahyu masih ada, tentunya namanya akan disebut
seperti Firaun, Namrud dan Abu Lahab.
Keingkaran dan kejahatannya menentang Al-Quran dan Sunnah di zaman
moden ini telah diabadikan dalam sejarah sepertimana terabadinya
kejahatan Namrud dan Firaun yang menentang ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan
Nabi Musa a.s. dalam Al-Quran.
Al-Quran telah menerangkan bagaimana
bentuk pembalasan yang Allah telah turunkan kepada Qarun, Firaun dan
Abu Lahab. Allah menghinakan mereka kerana penghinaan mereka terhadap
hukurn Allah.
Penghinaan ini menjadi pengajaran sepanjang zaman. Ini adalah
pengajaran bagi setiap penguasa atau pemerintah berhati-hati supaya
tidak mendustakan hukum Allah dan berlaku zalim. dengan kekuasaan yang
dipinjamkan oleh Allah S.W.T.
Cara kematian yang Allah telah
datangkan kepada mereka amat tragis sekali. Mereka mati dengan cara yang
aneh sekali. Contoh nya Namrud, mati kerana sakit otak akibat dimasuki
oleh seekor nyamuk melalui telinganya. Setiap kali ia menjerit, doktor
peribadinya memerintahkan dipukul kepalanya dengan kasut untuk
mengurangkan kesakitannya. Setelah lama bergelut dengan sakratul maut,
akhirnya beliau mati dalam keadaan terseksa dan terhina. Begitu juga
dengan Firaun yang mati lemas di dalam laut.
Jadi, tidak hairanlah kalau Kamal Ataturk turut menerima pembalasan
yang sama setimpal dengan pembalasan yang diterima oleh Namrud dan
Firaun. Apa yang dideritai oleh Kamal Ataturk menjelang kematiannya
tidak kurang dahsyat daripada kematian yang dihadapi oleh Namrud dan
Firaun. Seperti penzalim-penzalim terdahulu, Allah tidak membiarkan
mereka tanpa mendapat pembalasan ketika hidup di dunia lagi.
Begitulah yang telah terjadi kepada Kamal Ataturk. Mengikut catatan.
dalam buku-buku biografinya, malah yang ditulis sendiri oleh
peminat-penminatnya, Kamal telah mati akibat ketagihan arak. Tetapi
penyakitnya bukan itu sahaja. Malah pelbagai sakit lain yang begitu aneh
telah dihadapinya. Beliau pernah diserang dengan penyakit kelamin,
malaria dan sakit buah pinggang. Tetapi secara rasminya kematiannya
disebabkan. sejenis penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak.
Walaupun beliau meninggal dunia pada 10 November 1938 tetapi beliau
mula diawasi oleh seorang doktor peribadi yang mengikut ke mana sahaja
ia pergi semenjak 19 Mei 1919. Sungguhpun begitu, hingga ke akhir
hayatnya, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat. Manakala rakyatnya terus
menganggap Kamal Ataturk di tahun-tahun akhirnya sebagai seorang yang
penting dan kuat. Kemampuan seksnya sudah terlalu lemah kerana banyak
minum arak, tetapi beliau terus memburu wanita. Walaupun pengalaman
wanita yang merelakan diri mereka kepadanya mengatakan Ataturk sekadar
memandikan mereka dan selepas itu beliau tertidur.
Ataturk di akhir
usianya sering ke kasino dan parti, berlagak seperti orang sihat,
tetapi bila pulang menjadi begitu keletihan dan kelesuan. Beliau
diserang dengan penyakit radang paru-paru (pneumonia) selepas menghadiri
parti tari menari buat kali terakhir di Bursa.
Ada juga pakar jiwa yang mengatakan sikap Ataturk yang kuat minum
(walaupun tahu itu adalah berbahaya) ialah tindakan membunuh diri.
Ketika tibanya tahun 1937 telah berlaku suatu perubahan fizikal yang
sangat ketara kepadanya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat.
Wajahnya kelihatan pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat
marah. Waktu itu beliau sangat takut tinggal keseorangan dan sangat
marah bila ditinggalkan bersendirian. Orang kanan Ataturk, Celal Bayar,
mengatakan Ataturk mudah naik darah dan sering kebimbangan di akhir
hayatnya. Beliau menjadi nyanyuk. Árahannya bertukar-tukar dengan
sekejap masa.
Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa. Walaupun beliau telah
memberi kepercayaan kepada Perdana Menterínya, Ismet, untuk
mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi hatinya dipenuhi
kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal hilang. Waktu itu
beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara.
Kulit di tubuh badannya berkedut dengan cepat dan díganggu pula oleh
penyakit gatal-gatal. Doktor-doktor sudah memberi bermacarn-macam krim
untuk disapu pada kakinya yang sudah calar balar dan luka-luka kerana
digaru oleh kukunya. Walaupun begitu beliau masih angkuh. Di akhir-akhir
hayatnya iaitu ketika menderita sakratulmaut, beliau dibawa ke tengah
laut dengan botnya. Tetapi bila diangkat ke darat, beliau tidak mahu
baring di atas stretcher kerana tidak mahu orang lain tahu beliau telah
lemah.
Sebelum tiba saat matinya, ia telah dibelasah habis-habisan oleh
berbagai bala yang ditimpakan Allah. Beliau rasa terlalu tidak berdaya,
demam, kulit kekuningan, gatal gatal, darah tinggi, luka-luka pada
saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perut membengkak,
pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul dan bengkak-bengkak.
Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi lagi.
Keadaan tetap tidak berubah walaupun doktor pakar didatangkan dari
Peranchis. Doktor pakar mengalami masalah mengubatnya kerana Kamal
Ataturk terlalu degil untuk mematuhi arahan mereka supaya tidak minum
arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya
cecair di perut, buah zakar dan zakarnya.
Rupa Kamal Ataturk
menjadi hodoh dan mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur
dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Beliau berasa sangat panas
walaupun ketulan-ketulan ais dilekapkan ke badannya. Malah bomba
dipanggil untuk memancutkan air pada dinding biliknya. la minta
dipindahkan dari bot besarnya, Savarona, untuk menyejukkan badannya yang
sangat kepanasan. Tetapi bila dipindahkan ke istana, beliau berasa
bertambah panas.
Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Kinross: But the rooms of the
palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on
the outside walls of Ataturk bedroom.
Walaupun sewaktu masih kuat Kamal Ataturk sangat antikan “ubat-ubat
kampung” (Tradisional) dan jampi-jampi yang menurutnya tidak moden,
tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya diubat dengan cara jampi
setelah ubat moden tidak dapat mengubat penyakitnya. Ini satu tamparan
kepada sikapnya yang anti kerohanian dan selalu menganggap bahawa itu
adalah ajaran kolot.
Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri
daripada terjerit-jerit. Bila jerit-pekik Ataturk menahan seksanya
semakin kuat (hingga kedengaran ke kawasan sekeliling), beliau
dipindahkan ke tengah laut dalam sebuah bot besar. Beliau melalak-lalak
kesakitan dalam sakratulmautnya dengan penuh azab di tengah-tengah
laut….
Pada 29 September 1938 Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam.
Pada 9 November, beliau mengalami koma kali kedua. Dan sewaktu itulah
air dalam perutnya disedut keluar. Beliau kemudiannya tidak sedarkan
diri selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia.
Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu juga selepas
kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu hina sekali. Ia TIDAK
dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan secepat
mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran Islam. Tetapi sebaliknya,
mayatnya diAWETkan dan diletakan di ruang takhta di Istana Dolmabahce
selama 9 hari 9 malam.
Selepas 9 hari, barulah mayatnya
disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya.
Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di
hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November, dipindahkan
pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang
berhampiran Dewan Rakyat.
Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya
diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah
dikebumikan. Sebenarnya, MAYAT ATTATURK TIDAK DITERIMA OLEH BUMI. Oleh
sebab itu mayatnya tidak dapat dikebumikan. Tiada tanah yang layak untuk
menjadi kuburnya. Akhirnya sebuah lembaga khusus ditubuhkan untuk
menangani masalah ini.
Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan
batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal
Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu. Tetapi
untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan
hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan
“kepulangannya” kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar
tersebut. SEBENARNYA MAYAT ATTATURK DIMUNTAHKAN SEMULA OLEH BUMI setiap
kali hendak dikebumikan.
Inilah akibat menentang kebenaran.
Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah..
Musnah mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia.
Apa yang menimpa Kamal Ataturk masih ringan jika dibandingkan dengan
nasib penentang kebenaran yang terdahulu. Kerana kebenaran yang
ditentang oleh Kamal Ataturk di zamannya bukanlah kebenaran yang
dijanjikan seperti yang ditentang oleh Firaun, Namrud atau Abu Lahab.
Kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad
s.a.w. adalah kebenaran yang dijanjikan oleh Allah. Oleh sebab itulah,
Namrud, Firaun dan Abu Lahab menerima padah yang begitu dahsyat sekali.
Mujurlah kebenaran yang ditentang oleh Kamal Ataturk bukan kebenaran
yang dijanjikan. Jika tidak, nasibnya akan lebih parah lagi. Kalau
ditakdirkan beliau menentang kebenaran yang dijanjikan, beliau akan
mendapat pembalasan atas dua sebab, sebagaimana nasib yang menimpa
Firaun dan Narnrud.
Pertama, kerana mereka zalim. Kedua, kerana
kebenaran yang mereka tentang adalah kebenaran yang dijanjikan.
Sedangkan Kamal Ataturk dihukum hanya kerana Satu sebab sahaja iaitu
zalim.
Hal ini sesungguhnya satu peringatan yang mesti kita pandang serius
disebabkan kita hidup di zaman kebenaran yang dijanjikan. Sesiapa yang
menentang kebenaran di Timur “zon kebenaran yang dijanjikan” ini akan
menerima nasib yang lebih parah daripada apa yang menimpa Kamal Ataturk.
Mungkin bala yang menimpa lebih dahsyat daripada apa yang telah menimpa
Namrud, Firaun dan Abu Lahab. Cuma kita tidak tahu bagaimana bentuk
penghinaan itu.
Zaman ini berbeza dengan zaman Kamal Ataturk. Kamal hidup bukan di
awal kurun, iaitu ketika tidak dijanjikan datangnya seorang mujaddid
yang membawa kebenaran yang dijanjikan. Tetapi kini kita hidup di awal
kurun ke-15 Hijrah, iaitu di zaman seorang mujaddid muncul membawa
kebenaran yang dijanjikan. Justeru itu penentang kebenaran yang
dijanjikan kali ini akan Allah balas atas DUA SEBAB, iaitu KERANA ZALIM
dan KERANA MENENTANG KEBENARAN YANG DIJANJIKAN. Jadi, bayangkanlah
betapa BURUKNYA NASIB penentang kebenaran kali ini.
Era keganasan
Kamal Aartuk kebetulan berlaku bukan di awal kurun (mengikut kurun
Hijrah) iaitu pada tahun 1920-an hinga 1930-an. Ertinya, Kamal Ataturk
hanya menentang kebenaran bertaraf “biasa” bukan kebenaran yang
dijanjikan seperti yang dibawa oleh seorang Mujaddid. Zaman Kamal
Ataturk juga tidak dijanjikan Islam akan bangkit dalam bentuk yang lebih
global iaitu di tahap ummah seperti yang dijanjikan, oleh Allah pada
zaman ini.
Oleh sebab itu Allah izinkan juga Kamal Ataturk berjaya mencapai
cita-citanya. Matlamatnya hendak menjadikan Turki sebuah REPUBLIK
SEKULAR dengan MENAFIKAN ISLAM sebagai “WAY OF life” dalam amalan
masyarakat dan perlembagaan negara telah tercapai. Walaupun begitu,
Kamal Ataturk tetap menderita dan telah menerima pembalasan kerana
kezalimannya. Allah tidak akan membiarkan manusia yang menzalimi manusia
lain hidup tanpa pembalasan sebelum tamat riwayatnya. Sabda Rasulullah
s.a.w. yang bermaksud:
“Dua dosa yang Allah segerakan pembalasannya, iaitu dosa kepada ibu bapa dan penzaliman ke atas manusia lain.”
Justeru itu Kamal Ataturk dimatikan dalam keadaan yang begitu terhina
sekali. Beliau mati membawa nama yang begitu jijik sekali. Bukan sahaja
orang yang baik-baik tidak menyebut namanya dengan nama terhormat malah
orang-orang jahat pun sudah melupakan dirinya.
Tetapi siapa yang menentang kebenaran di awal kurun ke-15 Hijrah ini,
iaitu di zaman kebenaran yang dijanjikan, beliau tidak akan berjaya.
Musuh Islam setaraf atau lebih jahat daripada Kamal Ataturk sekalipun,
tidak akan dapat menyekat kebenaran ini.
Padah yang bakal diterima akan lebih dahsyat daripada Kamal Ataturk.
Mungkin selain daripada mati dalam keadaan paling menghinakan (sama
seperti Ataturk), perjuangannya, pun tidak akan berjaya. Ertinya, nasib
penentang kebenaran yaang dijanjikan zaman ini akan dua kali lebih
malang daripada Kamal Ataturk.
No comments:
Post a Comment