Monday, 3 March 2014

Mengapa Ingat Mati Sentiasa Penting

Anda menghadapi penyakit barah dan mengikut jangkaan, anda hanya mampu bertahan hidup enam bulan sahaja lagi.

Apa reaksi pesakit itu? Pertamanya terkejut, lemah semangat, muram, sedih dan sebagainya. Dia takut mati, meninggalkan yang tersayang; anak-anak, isteri, harta dan sebagainya. Apa akan terjadi kepada mereka dengan ketiadaannya?

Siapa akan menjaga mereka? Kasihan anak-anak. Semua itu terbayang dalam pemikirannya. Setiap saat yang dilalui saban hari dirasakan tidak seronok, memikirkan penyakit yang dihidapi, manakala keluarga cuba memujuknya, cuba memberi peransang kepadanya dan cuba mencari berbagai-bagai alternatif untuk mengubatinya.

Tahukah apa pemikirannya sekarang?
  • Tidakkah dia akan membuang rasa tamak terhadap wang dan harta?
  • Tidakkah dia semakin sayang kepada isteri dan anak-anak?
Akhirnya dia terpaksa menerima hakikat sebenar bahawa dia menghadapi penyakit yang berbahaya yang boleh mengundang maut.

Kita mengumpul harta untuk hidup selesa di dunia. Berapa lama kita mahu hidup di dunia?

Itu pilihan kita. Sedarkan diri kita sekarang juga! Banyak perkara yang boleh berlaku HARI INI yang boleh menyebabkan kematian kita. Kemalangan, gempa bumi, tanah runtuh, demam, tersilap makan, terjatuh sewaktu beriadah dan sebagainya.

Mari kita beristighfar. Lafazkanlah Astaghfirullahal'azim sebanyak 100 kali, mohon Allah tunjukkan kita jalan yang lurus setiap hari.

No comments:

Post a Comment