Monday, 3 March 2014

Sejarah Hijrah Rasullullah

Jihad dan amal soleh kamu ialah Hijrah.

Senarai peristiwa yang berlaku ketika penghijrahan Rasullulah.

Kembara Hijrah Rasullulah dari Mekah ke Madinah
  • Apabila Rasullulah SAW menerima wahyu dari Allah Taala memerintahkan beliau pergi berhijrah, Nabi pun mengumpul sahabat untuk memberitahu tentang perintah hijrah di rumah Arqam bin Arqam.
  • Rasullulah SAW membuat perancangan supaya sahabat pergi dahulu diikuti dengan Nabi.
  • Tujuan Rasullulah menyuruh Umar pergi dahulu untuk memastikan umat yang lain selamat kerana Umar adalah seorang yang amat gagah.
  • Rombongan yang dipimpin oleh Saidina Umar adalah seramai 400, bergerak secara terbuka dan berkumpul di Bukit Safa. Saidina Umar mengertak kaum Quraish, jika sesiapa berani mengacau pemindahan mereka akan dipancung.
  • Apabila semua umatnya selamat bergerak, barulah Rasullulah cuba untuk keluar dari Mekah bersama sahabat baik beliau Abu Bakar.
  • Mengikut riwayat, rumah Abu Bakar dikepung dan turun wahyu surah Yaseen ayat 9. Selepas itu askar tertidur dan membolehkan Abu Bakar dan Rasullulah berlari keluar menuju ke Jabal Thur dengan selamat untuk bersembunyi.
  • Saidina Ali diminta tunggu di rumah menggantikan Rasullulah.
  • Askar Abu Lahap mengejar Nabi sampai ke Jabal Thur tetapi dengan izin Allah, sarang labah labah dan burung merpati menutupi gua untuk menampakkan seperti tempat yang ditinggal lama.
  • At-Taubah ayat 40 menceritakan tentang peristiwa Nabi di dalam gua.
  • Betapa sayangnya Abu Bakar terhadap Nabi, Abu Bakar sanggup menahan kesakitan di patuk kala jenking supaya tidak menggangu Nabi sedang berehat.
  • Dalam peristiwa penghijrahan Nabi, Asmah binti Abu Bakar membawa makanan hingga ke Jabal Thur. Pengintip dan pengembala kambing Abu bakar, Amir bin Fuhairah membawa 30 kambing untuk dibawa ke Madinah untuk menghilang jejak Nabi. Perjalanan Nabi dan sahabat itu dipimpin oleh Abdullah bin Uraiqid seorang Yahudi diupah oleh Nabi kerana mereka bergerak dalam keadaan gelap.
  • 8 hari Nabi sampai ke Madina, melalui 25 kampung dan sampai ke Quba untuk membuka masjid yang pertama oleh Rasullulah SAW.

No comments:

Post a Comment