“Melihat
mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar.
Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi,
bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman
Allah S.W.T. yang bermaksud : “Mereka berkata: ‘Ya Tuhan kami, Engkau
telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami
mengakui dosa-dosa kami.”
(Surah al-Mukmin ayat 11)
- Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang.
- Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.
- Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.
- Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya.
- Menurut satu pendapat, bermimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang ahli keluarganya.
- Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta.
- Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya.
- Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati bermakna dia akan terlepas dari musuhnya.
- Jika dia melihat seolah-olah seseorang berkata kepada seseorang: “Si Polan meninggal dunia “, maka terjadi kesusahan bagi yang memberitahukan itu.
- Jika orang hamil bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap, maka dia akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira.
- Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan.
- Sedangkan mimpi meratap, sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya bercerai-berai.
- Sedangkan mimpi menangis, ada tafsiran dari Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: “Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian tidak baik mimpinya.
- Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang yang dikenalinya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya.”
- Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu.
- Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya.
- Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu.
- Dan tafsiran sebahagian mereka (ahli mimpi), sesiapa yang melihat seolah-olah dia bersahabat dengan orang mati bermakna dia akan pergi merantau jauh dan di sana dia mendapat kebaikan yang banyak.
- Jika dia bemimpi makan bersama orang-orang mati bererti panjang umurnya.
No comments:
Post a Comment