Monday, 3 March 2014

Seruan Allah kepada HambaNya


Berbakti Kepada Allah
1. Telah Aku sediakan balasan untuk hamba Ku yang soleh, apa yang belum pernah dilihatnya dan belum pernah didengarnya malah tidak pernah terangan-angan di dalam fikiran manusia (Riwayat Tirmidzi dari Abu Hurairah).
2. Apabila hamba Ku berniat untuk melakukan satu kebaikan maka telah Aku catatkan untuknya satu pahala. Apabila ia melakukan kebaikan tersebut, akan Aku catatkan untuknya 10 pahala bahkan ada sampai 700 pahala. Sebaliknya bila hamba Ku berniat untuk melakukan satu kejahatan maka Aku diamkan sahaja. Kalau hamba Ku melakukan kejahatan tersebut, akan Ku catatkan sebagai satu dosa. (Riwayat Tirmidzi dari Abu Hurairah).
3. Hai Muhammad! Telah Aku perintahkan kepada umat mu supaya melakukan solat lima kali sehari semalam dan Aku menjanjikan syurga Ku untuk mereka jika mereka tidak melalikannya. Jika hamba Ku lalai dalam mengerjakan solat lima waktu itu maka janji ku tu batal.(Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah).
4. Kadang-kadang Aku bermaksud akan menyeksa hamba-hamba Ku, tetapi sewaktu Aku melihat orang-orang yang mendengar ayat-ayat Ku, anak-anak muslim yang seronok belajar agama, reda dan tenteramlah kembali amarah Ku. (Riwayat Al-Jabar).

No comments:

Post a Comment