Monday, 3 March 2014

Seruan Allah kepada HambaNya


Berbakti Kepada Allah
1. Telah Aku sediakan balasan untuk hamba Ku yang soleh, apa yang belum pernah dilihatnya dan belum pernah didengarnya malah tidak pernah terangan-angan di dalam fikiran manusia (Riwayat Tirmidzi dari Abu Hurairah).
2. Apabila hamba Ku berniat untuk melakukan satu kebaikan maka telah Aku catatkan untuknya satu pahala. Apabila ia melakukan kebaikan tersebut, akan Aku catatkan untuknya 10 pahala bahkan ada sampai 700 pahala. Sebaliknya bila hamba Ku berniat untuk melakukan satu kejahatan maka Aku diamkan sahaja. Kalau hamba Ku melakukan kejahatan tersebut, akan Ku catatkan sebagai satu dosa. (Riwayat Tirmidzi dari Abu Hurairah).
3. Hai Muhammad! Telah Aku perintahkan kepada umat mu supaya melakukan solat lima kali sehari semalam dan Aku menjanjikan syurga Ku untuk mereka jika mereka tidak melalikannya. Jika hamba Ku lalai dalam mengerjakan solat lima waktu itu maka janji ku tu batal.(Riwayat Ibnu Majah dari Abu Hurairah).
4. Kadang-kadang Aku bermaksud akan menyeksa hamba-hamba Ku, tetapi sewaktu Aku melihat orang-orang yang mendengar ayat-ayat Ku, anak-anak muslim yang seronok belajar agama, reda dan tenteramlah kembali amarah Ku. (Riwayat Al-Jabar).

seruan Allah

Berbakti Kepada Allah
1. Dalam solat hamba Ku, tersimpul dua dialog dan terserahlah kepadanya apa yang dimohonnya kepada Ku. Sewaktu dia mengucapkan " Alhamdu lillahi rabbil 'alamin" Aku menjawab, "Aku sedang dipuja oleh hamba Ku".
Sewaktu dia membaca "Arrahmanir rahim," Aku menyahut, "aku disanjung oleh hamba Ku".
Sewaktu dia membaca " Maliki yau middin," Aku akan menjawab," Aku diagungkan oleh hamba Ku".
Sewaktu dia membaca," Iyyaka na'budu wa Iyyaka nasta'iin, " aku menjawab, " Inilah pembicaraan antara Aku dengan hamba Ku dan akan Ku penuhi segala apa yang dimohonkannya".
Sewaktu dia membaca " Ihdinas shiratul mustaqiim, shiratal ladziina an'amta'alaihim, Ghairil maghdhu bi 'alaihim waladhallin" Aku menyahut "Aku akan beri kurnia hamba Ku ini. Terserahlah kepadanya apa yang dimintanya". (Riwayat Ahmad dan Muslim).
2. Allah berfirman: " Hai anak Adam! Janganlah engkau lemah dari mengerjakan empat rakaat di awal siang, nescaya Aku selamatkan engkau dari bahaya pada waktu lainnya.(Riwayat Abu Daud dari Nu'aim bin Hamam, Thabrani dari Nuas dan Termidzi dari Abi Darda').
Menurut Ibnu Taimiyah, yang dimaksudkan adalah solat Subuh dengan dua rakaat sunat sebelumnya dan menurut Ibnu Qayyim 4 rakaat solat Dhuha.

Kelebihan hari Sabtu

Hari Sabtu adalah hari Tipu Daya kerana pada hari ini terdapat 7 peristiwa helah dan tipu daya oleh tujuh kaum:
1. Peristiwa tipu daya kaum Nabi Nuh a.s. terhadap Nabi Nuh a.s. Mereka membangkang kepada Nabinya.
2. Peristiwa tipu daya kaum Nabi Sholeh a.s. Mereka mencabar Nabinya dengan menyembelih unta yang diamanahkan kepada mereka.
3. Peristiwa tipu daya saudara-saudara Nabi Yusuf a.s. Saudara-saudara Nabi yusuf a.s. mencampakkannya kedalam perigi buta di padang pasir.
4. Peristiwa tipu daya kaum Nabi Musa a.s. terhadap Nabi Musa a.s. Raja Firaun mencabar Nabi Musa a.s.
5. Peristiwa tipu daya kaum Nabi Isa a.s. terhadap Nabi Isa a.s. Orang-orang Yahudi mengkhianati dan mengejar Nabi Isa a.s. untuk membunuhnya. Lalu Allah s.w.t. mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit.
6. Peristiwa tipu daya para musyrikin Quraisy terhadap Nabi Muhamad s.a.w. Orang-orang Quraisy menipu dan mencabar Nabi Muhamad s.a.w. di Darun Nadwah.
7. Peristiwa tipu daya kaum Bani Israil terhadap larangan Allah s.w.t.  Kaum Yahudi melanggar perintah Allah s.w.t. dengan menangkap ikan walaupun hari itu dilarang mereka berbuat demikian. Lalu Allah s.w.t. mengubah mereka menjadi kera-kera yang hina.
Sebahagian dari Ulama menganggap hari Sabtu ini juga adalah hari yang baik untuk berburu.
Wallahu 'alam.

Kelebihan hari Jumaat.

Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai kelebihan masing-masing. Hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada hari-hari lain. Terdapat 6 keistimewaan hari Jumaat, iaitu:
1. Berlakunya Hari Kiamat.
2. Nabi adam a.s. diciptakan dan juga di turunkan ke bumi dari dalam Syurga.
3. Hari Jumaat adalah Penghulu dari segala hari.
4. Bagi yang mati pada hari Jumaat akan terhindar dari fitnah kubur.
5. Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah s.w.t. akan menyembuhkannya dari penyakit dan memberikannya keselamatan.
6. Makbul doa diantara dua khutbah. Rasullulah bersabda, maksudnya," waktu mustajab doa adalah diantara waktu Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan."(hadis riwayat abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy'ari r.a. dan Abdullah bin Umar r.a.).

Kelebihan Hari Isnin.


Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasullulah s.a.w. ditanya sahabat tentang kelaziman baginda berpuasa pada setiap isnin. Maka Baginda bersabda: " Padanya Aku dilahirkan dan padanya Wahyu yang pertama diturunkan".
Hari Isnin adalah hari Pelayaran dan Perniagaan. Oleh yang demikian bagi sesiapa yang ingin berlayar atau yang ingin membuat perjalanan, maka seelok-eloknya lakukanlah pada hari Isnin.
Selain dari itu, umat Islam juga digalakkan untuk berpuasa sunat pada Isnin. Abu Hurairah meriwatkan bahawa Baginda Rasulullah bersabda: "Dibentangkan amalan-amalan di hadapan Allah s.w.t. pada hari Isnin dan hari Khamis. Maka aku menyukai dibentang amalan ku dihadapan Allah s.w.t pada ketika aku berpuasa".(Riwayat Imam Termidzi).
Peristiwa Yang Berlaku Pada hari Isnin.
1. Nabi Idris a.s. naik ke langit.
2. Nabi Musa a.s.  telah pergi ke bukit Thursina, untuk menerima wahyu.
3. Turunnya Dalil tentang ke-Esa-an Allah s.w.t.
4. Lahirnya Nabi Muhamad s.a.w.
5. Malaikat Jibrail turun buat pertama kaliya bertemu dengan Baginda Rasulullah.
6. Wafatnya Baginda Rasullullah s.a.w.

Zikir Hari Isnin.
"La Haula Wala Quwwata Illa Billahi" maknanya - Tiada daya dan kekuatan( untuk menolak sesuatu kemudaratan dan mendatangkan suatu yang munafaat) selain Allah s.w.t.
Fadilat Zikir.
Rasullulah bersabda maksudnya, " Sesiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata Illa Billahi, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit. Yang paling ringan adalah kebimbangan" (Hadis Riwayat Tabrani).


 


Kelebihan hari Ahad


Di riwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.  mengatakan, " Rasullullah ditanya mengenai hari Ahad, maka Baginda menjawab," Hari Ahad adalah hari yang menciptakan dan memakmurkan". Para sahabat bertanya," Mengapa demikian ya Rasullulah?" Rasullulah menjawab," Kerana hari itulah Allah s.w.t. mulai menciptakan Dunia dan memakmurkannya".
Rahsia Kelebihan Hari Ahad:
1. Allah s.w.t. menjadikan Neraka.
2. Allah s.w.t. menciptakan Bumi yang tujuh lapis.
3. Allah s.w.t menciptakan Langit yang tujuh lapis.
4. Allah s.w.t. menjadikan bilangan Hari yang Tujuh.
5. Allah s.w.t. menjadikan Bintang-bintang yang beredar.
6. Allah s.w.t. menjadikan Lautan yang Tujuh.
Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud," Dan Kami bina di atas kamu Tujuh buah Langit yang kukuh"( Surah An-Naba' ayat 12).