Monday, 3 March 2014

Rahsia Sunnah Nabi Muhammad SAW : Larangan Meniup Air Panas

Dari Ibnu Abbas, "Sesungguhnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minumm." (HR.Al-Tirmidzi no.1888 dan Abu Dawud no.3728, dan hadits ini disahihkan oleh Al-Albani)

Dalam penelitian sains :
Alasannya ialah reaksi yang ditimbulkan jika senyawa air dan karbondioksida menyatu. Karna jika meniup... air panas, struktur molekul dalam air akan berubah menjadi zat asam yang membahayakan kesihatan. Dan ternyata dalam penelitian dan analogi Science modern, jika air panas (H2O) bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2), maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk kedalam tubuh manusia, maka bila prosesnya berlangsung terus menerus dpt memberikan efek kurang baik bagi kesihatan tubuh kita. Subhanallah..

Tafsir Mimpi Berkaitan Kematian

l-Ustaz Abu Sa’id berkata,
“Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “Mereka berkata: ‘Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami.”
(Surah al-Mukmin ayat 11)

  • Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian, bererti umurnya masih panjang.

  • Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.

  • Sesiapa yang melihat imam (pemimpin negeri) mati, bererti akan terjadi bencana di negeri itu, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.

  • Sesiapa yang bermimpi melihat mayat seseorang (yang sudah mati), seolah-olah dia mati lagi, lalu orang-orang menangis, yakni tidak sampai berteriak dan meratap, maka ini menunjukkan akan berkahwin salah seorang zuriatnya.

  • Menurut satu pendapat, bermimpi melihat matinya lagi orang yang sebenarnya sudah mati menunjukkan akan matinya salah seorang ahli keluarganya.

  • Sesiapa yang bermimpi menjumpai mayat, maka dia akan mendapat harta.

  • Jika datang kepadanya khabar kematian seseorang, bererti akan sampai kepadanya khabar kerosakan agamanya dan meningkatnya masalah keduniaannya.

  • Jika dia melihat seolah-olah anaknya mati bermakna dia akan terlepas dari musuhnya.

  • Jika dia melihat seolah-olah seseorang berkata kepada seseorang: “Si Polan meninggal dunia “, maka terjadi kesusahan bagi yang memberitahukan itu.

  • Jika orang hamil bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap, maka dia akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira.

  • Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan.

  • Sedangkan mimpi meratap, sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya bercerai-berai.

  • Sedangkan mimpi menangis, ada tafsiran dari Ibnu Sirin bahawa beliau berkata: “Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian tidak baik mimpinya.

  • Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang yang dikenalinya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya.”

  • Jika seseorang melihat pemimpin mati dan mereka menangis di belakang jenazahnya tanpa disertai dengan ratapan, maka mereka akan melihat sesuatu yang menggembirakan berlaku ke atas pemimpin itu.

  • Sesiapa yang melihat seolah-olah pemimpin mati dan orang ramai menyebut-nyebutnya orang yang baik, bererti ada kebaikan dalam kepemimpinannya.

  • Sesiapa yang melihat seolah-olah dia berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati, bermakna dia berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya dia menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhannya itu.

  • Dan tafsiran sebahagian mereka (ahli mimpi), sesiapa yang melihat seolah-olah dia bersahabat dengan orang mati bermakna dia akan pergi merantau jauh dan di sana dia mendapat kebaikan yang banyak.

  • Jika dia bemimpi makan bersama orang-orang mati bererti panjang umurnya.

Mukjizat Madu dalam Al-Quran

Segala sesuatu yang diciptakan Allah SWT pasti tak ada yang sia-sia. Di antara ciptaan Sang Khalik yang istimewa adalah lebah. Serangga yang satu ini menempati posisi penting dibanding serangga lainnya. Tak heran jika lebah dijadikan salah satu nama surat dalam Alquran.

Lebah memang spesial. Ia merupakan makhluk Allah SWT yang banyak memberi manfaat dan kenikmatan kepada manusia. Dalam penjelasan surah An-Nahl yang tercantum dalam Alquran dan Terjemahannya disebutkan bahwa ada persamaan antara madu yang dihasilkan oleh lebah dengan Alquranul Karim.

"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."

Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah diteliti oleh ilmuwan Muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni Ibnu Sina (890-1037). Menurut Ibnu Sina, madu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta mengatur sekresi, sehingga dapat menghilangkan penyakit demam.

Ibnu Sina juga telah meneliti khasiat madu untuk perawatan kecantikan tubuh. Menurut Ibnu Sina, madu dan minyak zaitun mampu menjadi obat mujarab yang digunakan sebagai kosmetika yang memiliki beragam khasiat.

Dosa terhadap Ibu Bapa dalam Hadis.

Rasulullah SAW bersabda, dengan maksud:

Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendakNya, hingga ke hari Qiamat, kecuali balasan menderhakai kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati - Diriwayatkan oleh Al-Hakim

Kisah Nabi Sulaiman AS bersama Si Miskin dan Si Kaya

Nabi Musa AS memiliki umat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Ada golongan yang kaya dan ada juga golongan yang miskin.

Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa AS. Ia kelihatan begitu miskin, pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu.

Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa AS, “Ya Nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang yang kaya.”

Nabi Musa AS tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT.

Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, ” Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, sedangkan aku jarang dapat makan, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu pasang ini saja! “.

Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Tidak lama kemudian ada seorang kaya datang menghadap Nabi Musa AS. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya.

Dia berkata kepada Nabi Musa AS, “Wahai Nabi Allah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, kadang kala aku merasa terganggu dengan hartaku itu.”

Nabi Musa AS pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT.”

“Ya Nabi Allah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Alah SWT?. Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya”, jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya.

Kemudian, apa terjadi adalah si kaya itu menjadi semakin kaya kerana Allah SWT menambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Manakala si miskin menjadi bertambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaian pun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mahu bersyukur kepada Allah SWT.

Bila menyebut mengenai kesyukuran, tentu kita teringat tentang firman Allah SWT di dalam sebuah Hadis Qudsi yang menyebut mengenai sifat syukur, iaitu: 

“Kalau Aku uji kamu dengan kesusahan, kamu tidak mahu bersabar, dan kalau Aku uji kamu dengan nikmat, kamu tidak mahu bersyukur, maka nyahlah kamu dari bumi dan langit Allah ini dan pergilah cari Tuhan yang lain.”

Kalau kita perhatikan hidup manusia ini dengan teliti, kita akan dapati bahawa manusia ini sedetik pun tidak terlepas dari diuji. Manusia diuji dengan ujian kesusahan ataupun ujian nikmat yang silih berganti datangnya. Kemudian manusia dituntut supaya bersabar dalam menerima kesusahan serta bersyukur dalam menerima nikmat.

Jadi, pada hakikatnya, apa sahaja pergolakan dan perubahan yang berlaku dalam hidup manusia ini, ia hanya mempunyai dua sifat atau dua bentuk. Sama ada ia ujian kesusahan atau ujian nikmat. Atas kedua-dua bentuk ujian ini, hati kita perlu menerimanya dengan betul, iaitu bersabar apabila menerima kesusahan dan bersyukur apabila dikurniakan nikmat.

Di antara kedua-dua tuntutan ini, sekali imbas kita lihat, bersabar itu lebih susah dan lebih berat untuk dipraktikkan.Ini kerana dalam bersabar, hati manusia perlu melalui kesusahan, keresahan, tekanan dan penderitaan. Emosi, fikiran dan ketenangan jiwa terganggu. Kebahagiaan hilang. Bersyukur pula, pada sekali imbas, nampak lebih senang dan mudah kerana hati manusia berada dalam keadaan tenang dan gembira; tidak ada tekanan atau penderitaan.

Apakah ini benar? Adakah bersyukur itu lebih mudah dari bersabar? Kalau benar kenapa tidak ramai orang yang mampu bersyukur? Kenapakah orang-orang yang benar-benar bersyukur itu sedikit sekali bilangannya.

Kenapakah Allah ada berfirman di dalam Al Quran: 

“Sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” (Surah As-Saba’: 13)

Bersyukur itu sebenarnya berperingkat-peringkat. Ramai orang, apabila mendapat nikmat, lantas mereka memuji Allah. Mereka ucapkan “Alhamdulillah”. Ini bersyukur cara biasa. Ramai yang boleh bersyukur dengan cara ini. Akan tetapi, kalau setakat ucapan sahaja, ia belum lagi dikira bersyukur yang sebenarnya. Kalau setakat ucapan sahaja, tetapi tuntutan tuntutan lain dalam bersyukur itu tidak dilaksanakan, maka ditakuti ucapan “Alhamdulillah” itu hanyalah untuk mempermain-mainkan atau mempersendakan Allah sahaja.

Ramai juga orang, apabila menerima nikmat atau diselamatkan dari bala bencana, lantas mereka memuji Allah dan mengucapkan “Alhamdulillah”. Di samping itu hati mereka benar-benar merasakan Allahlah yang telah memberi mereka nikmat itu, atau Allahlah yang telah menjauhkan mereka dari bala bencana tersebut. Mereka diberi pahala kerana merasakan syukur itu di dalam hati mereka. Ini bersyukur peringkat kedua.

Adapun syukur yang sebenar itu ialah syukur yang diucapkan oleh lidah, yang dirasakan atau ditasdikkan di dalam hati, dan yang dilaksanakan dalam perbuatan. Di samping mengucapkan “Alhamdulillah” dan di samping merasakan di hati bahawa Allahlah yang mengurniakan nikmat tersebut, nikmat itu mesti digunakan atau dikorbankan ke jalan Allah. Inilah hakikat kesyukuran yang sebenarnya.

Kalau kita kaya contohnya, kekayaan itu perlu digunakan ke jalan Allah untuk membantu fakir miskin, untuk jihad fisabilillah dan untuk kemaslahatan umat islam keseluruhannya. Begitulah juga dengan segala bentuk nikmat Allah yang lain. Semuanya perlu dimanfaatkan ke jalan Allah untuk mendapat keredhaan-Nya.

Firman Allah : Maksudnya:

“Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Syukur seperti inilah yang Allah suka dan yang Allah mahu. Dia akan tambah lagi nikmat-Nya, untuk cover balik apa yang dikorbankan ke jalan Allah itu.

Justeru itu, kita dapati dalam bersyukur itu ada tugas, ada kerja dan ada tanggungjawabnya iaitu kita terpaksa mengguna dan mengorbankan segala nikmat yang Allah kurniakan itu ke jalan Allah. Nikmat Allah itu perlu ditadbir, diurus dan digunakan pada jalan yang betul. Amat mudah bagi manusia lupa diri dan menggunakan nikmat Allah itu kepada jalan yang sia-sia atau lebih berat lagi kepada jalan maksiat. Kalau ini berlaku maka nikmat itu akan bertukar menjadi bala dan mendapat laknat daripada Allah.

Dalam bersabar, kita tidak ada kerja atau tanggungjawab tambahan selain dari menahan perasaan. Tidak ada bahaya menyalahgunakan nikmat kurniaan Tuhan. Apa yang perlu hanyalah menjaga dan mendidik hati supaya dapat menerima ketentuan Allah itu dan berbaik sangka dengan-Nya.

Barulah kita faham kenapa Allah berfirman bahawa sedikit sekali hamba-hamba-Nya yang bersyukur kerana bersyukur itu sendiri bukanlah suatu perkara yang mudah.
Fahamlah kita sekarang, bersyukur itu rupanya lebih berat dari bersabar.

RINDU

rindu.......
Aku selalu mengharap kasih dari manusia
Sedangkan kasihMu pada ku Sudah melebihi kasih sekelian makhlukMu....

Biarlah rindu dan kasihku hanya padaMu ya Allah
Semoga  rindu dan kasihMu  ya Allah tetap padaku....

 Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:


“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)

Tapi aku selau berkeluh kesah dengan ujianMu yang sedikit...
Bukan setandingpun dengan ujian para rasul, hatta alim ulamak..

Malu rasanya untuk aku menghadapkan wajahku...
Di hadapanMu .... ya Allah...

”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”

Apabila ujian kesakitan, perpisahan, kegagalan, kemiskinan datang bertimpa-timpa,  
terdetik juga kata di dalam hati,
 “apakah Tuhan masih sayangkan aku? Kenapa aku diuji seberat dan sekerap begini? ” 
 Subhanallah, tanpa disedari seolah-olah aku sudah mempersoalkan kuasa Mu ya Allah...
padahal aku hanyalah hambaMu. 
Hamba tidak berhak menyoal, sebaliknya akan disoal.
 Namun, itulah kelemahan ku.
Aku sering alpa dan terlupa... 

Seksa Mati Mustapha Kamal Atartuk

Kamal Ataturk Bapa Sekular Turki Menerima Penghinaan Allah Dikala Matinya
KEJAHATAN dan keganasan Kamal Ataturk menghancurkan umat Islam di Turki begitu dahsyat sekali. Sekiranya Kamal Ataturk ini lahir di zaman adanya rasul iaitu ketika wahyu masih ada, tentunya namanya akan disebut seperti Firaun, Namrud dan Abu Lahab.
Keingkaran dan kejahatannya menentang Al-Quran dan Sunnah di zaman moden ini telah diabadikan dalam sejarah sepertimana terabadinya kejahatan Namrud dan Firaun yang menentang ajaran Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Musa a.s. dalam Al-Quran.

Al-Quran telah menerangkan bagaimana bentuk pembalasan yang Allah telah turunkan kepada Qarun, Firaun dan Abu Lahab. Allah menghinakan mereka kerana penghinaan mereka terhadap hukurn Allah.
Penghinaan ini menjadi pengajaran sepanjang zaman. Ini adalah pengajaran bagi setiap penguasa atau pemerintah berhati-hati supaya tidak mendustakan hukum Allah dan berlaku zalim. dengan kekuasaan yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T.

Cara kematian yang Allah telah datangkan kepada mereka amat tragis sekali. Mereka mati dengan cara yang aneh sekali. Contoh nya Namrud, mati kerana sakit otak akibat dimasuki oleh seekor nyamuk melalui telinganya. Setiap kali ia menjerit, doktor peribadinya memerintahkan dipukul kepalanya dengan kasut untuk mengurangkan kesakitannya. Setelah lama bergelut dengan sakratul maut, akhirnya beliau mati dalam keadaan terseksa dan terhina. Begitu juga dengan Firaun yang mati lemas di dalam laut.
Jadi, tidak hairanlah kalau Kamal Ataturk turut menerima pembalasan yang sama setimpal dengan pembalasan yang diterima oleh Namrud dan Firaun. Apa yang dideritai oleh Kamal Ataturk menjelang kematiannya tidak kurang dahsyat daripada kematian yang dihadapi oleh Namrud dan Firaun. Seperti penzalim-penzalim terdahulu, Allah tidak membiarkan mereka tanpa mendapat pembalasan ketika hidup di dunia lagi.

Begitulah yang telah terjadi kepada Kamal Ataturk. Mengikut catatan. dalam buku-buku biografinya, malah yang ditulis sendiri oleh peminat-penminatnya, Kamal telah mati akibat ketagihan arak. Tetapi penyakitnya bukan itu sahaja. Malah pelbagai sakit lain yang begitu aneh telah dihadapinya. Beliau pernah diserang dengan penyakit kelamin, malaria dan sakit buah pinggang. Tetapi secara rasminya kematiannya disebabkan. sejenis penyakit limpa yang diakibatkan oleh ketagihan arak.
Walaupun beliau meninggal dunia pada 10 November 1938 tetapi beliau mula diawasi oleh seorang doktor peribadi yang mengikut ke mana sahaja ia pergi semenjak 19 Mei 1919. Sungguhpun begitu, hingga ke akhir hayatnya, Kamal Ataturk masih gemarkan maksiat. Manakala rakyatnya terus menganggap Kamal Ataturk di tahun-tahun akhirnya sebagai seorang yang penting dan kuat. Kemampuan seksnya sudah terlalu lemah kerana banyak minum arak, tetapi beliau terus memburu wanita. Walaupun pengalaman wanita yang merelakan diri mereka kepadanya mengatakan Ataturk sekadar memandikan mereka dan selepas itu beliau tertidur.
Ataturk di akhir usianya sering ke kasino dan parti, berlagak seperti orang sihat, tetapi bila pulang menjadi begitu keletihan dan kelesuan. Beliau diserang dengan penyakit radang paru-paru (pneumonia) selepas menghadiri parti tari menari buat kali terakhir di Bursa.

Ada juga pakar jiwa yang mengatakan sikap Ataturk yang kuat minum (walaupun tahu itu adalah berbahaya) ialah tindakan membunuh diri. Ketika tibanya tahun 1937 telah berlaku suatu perubahan fizikal yang sangat ketara kepadanya. Beliau menjadi lebih cepat letih dan penat. Wajahnya kelihatan pucat, kuning, sering sakit kepala, demam dan cepat marah. Waktu itu beliau sangat takut tinggal keseorangan dan sangat marah bila ditinggalkan bersendirian. Orang kanan Ataturk, Celal Bayar, mengatakan Ataturk mudah naik darah dan sering kebimbangan di akhir hayatnya. Beliau menjadi nyanyuk. Árahannya bertukar-tukar dengan sekejap masa.

Kamal Ataturk juga takut kehilangan kuasa. Walaupun beliau telah memberi kepercayaan kepada Perdana Menterínya, Ismet, untuk mengendalikan urusan negara sewaktu beliau uzur, tetapi hatinya dipenuhi kebimbangan terhadap kekuasaan yang dirasakan bakal hilang. Waktu itu beliau selalu mengeluh kebosanan dan merasakan dirinya terpenjara.

Kulit di tubuh badannya berkedut dengan cepat dan díganggu pula oleh penyakit gatal-gatal. Doktor-doktor sudah memberi bermacarn-macam krim untuk disapu pada kakinya yang sudah calar balar dan luka-luka kerana digaru oleh kukunya. Walaupun begitu beliau masih angkuh. Di akhir-akhir hayatnya iaitu ketika menderita sakratulmaut, beliau dibawa ke tengah laut dengan botnya. Tetapi bila diangkat ke darat, beliau tidak mahu baring di atas stretcher kerana tidak mahu orang lain tahu beliau telah lemah.

Sebelum tiba saat matinya, ia telah dibelasah habis-habisan oleh berbagai bala yang ditimpakan Allah. Beliau rasa terlalu tidak berdaya, demam, kulit kekuningan, gatal gatal, darah tinggi, luka-luka pada saluran darah di hati, urat saraf di bahagian perut membengkak, pendarahan dalam tubuh, urat-urat timbul dan bengkak-bengkak.

Menjelang musim panas tahun 1938, seluruh badannya tidak berfungsi lagi. Keadaan tetap tidak berubah walaupun doktor pakar didatangkan dari Peranchis. Doktor pakar mengalami masalah mengubatnya kerana Kamal Ataturk terlalu degil untuk mematuhi arahan mereka supaya tidak minum arak. Penyakit-penyakit yang dideritainya menyebabkan terkumpulnya cecair di perut, buah zakar dan zakarnya.
Rupa Kamal Ataturk menjadi hodoh dan mengerikan. Bahagian perutnya bengkak, ototnya kendur dan beliau mengadu sukar untuk bernafas. Beliau berasa sangat panas walaupun ketulan-ketulan ais dilekapkan ke badannya. Malah bomba dipanggil untuk memancutkan air pada dinding biliknya. la minta dipindahkan dari bot besarnya, Savarona, untuk menyejukkan badannya yang sangat kepanasan. Tetapi bila dipindahkan ke istana, beliau berasa bertambah panas.

Hal ini telah dinyatakan oleh Lord Kinross: But the rooms of the palace proved almost as hot, and everyday firemen came to spray water on the outside walls of Ataturk bedroom.
Walaupun sewaktu masih kuat Kamal Ataturk sangat antikan “ubat-ubat kampung” (Tradisional) dan jampi-jampi yang menurutnya tidak moden, tetapi akhirnya beliau sendiri meminta supaya diubat dengan cara jampi setelah ubat moden tidak dapat mengubat penyakitnya. Ini satu tamparan kepada sikapnya yang anti kerohanian dan selalu menganggap bahawa itu adalah ajaran kolot.
Bila penyakitnya bertambah kronik, beliau tidak dapat menahan diri daripada terjerit-jerit. Bila jerit-pekik Ataturk menahan seksanya semakin kuat (hingga kedengaran ke kawasan sekeliling), beliau dipindahkan ke tengah laut dalam sebuah bot besar. Beliau melalak-lalak kesakitan dalam sakratulmautnya dengan penuh azab di tengah-tengah laut….

Pada 29 September 1938 Kamal Ataturk mengalami koma selama 48 jam. Pada 9 November, beliau mengalami koma kali kedua. Dan sewaktu itulah air dalam perutnya disedut keluar. Beliau kemudiannya tidak sedarkan diri selama 36 jam dan akhirnya terus meninggal dunia.
Cara kematiannya begitu menghinakan sekali. Begitu juga selepas kematiannya. Mayatnya diperlakukan dengan begitu hina sekali. Ia TIDAK dimandikan, dikapankan, disembahyangkan dan dikebumikan dengan secepat mungkin seperti yang dituntut oleh ajaran Islam. Tetapi sebaliknya, mayatnya diAWETkan dan diletakan di ruang takhta di Istana Dolmabahce selama 9 hari 9 malam.

Selepas 9 hari, barulah mayatnya disembahyangkan, itupun setelah didesak oleh seorang adik perempuannya. Kemudian mayatnya telah dipindahkan ke Ankara dan dipertontonkan di hadapan Grand National Assembly Building. Pada 21 November, dipindahkan pula ke sebuah tempat sementara di Muzium Etnografi di Ankara yang berhampiran Dewan Rakyat.

Lima belas tahun kemudian iaitu pada tahun 1953, barulah mayatnya diletakkan di sebuah bukit di Ankara. Mayat Ataturk tidak pernah dikebumikan. Sebenarnya, MAYAT ATTATURK TIDAK DITERIMA OLEH BUMI. Oleh sebab itu mayatnya tidak dapat dikebumikan. Tiada tanah yang layak untuk menjadi kuburnya. Akhirnya sebuah lembaga khusus ditubuhkan untuk menangani masalah ini.

Lembaga itu telah memilih Bukit Rasattepe di Ankara untuk menempatkan batu marmar seberat 44 tan di bahagian atas sementara mayat Kamal Ataturk ditempatkan di bahagian bawah binaan dua tingkat itu. Tetapi untuk melindungi keaiban ini, penyokong-penyokong Ataturk menyifatkan hal itu sebagai gambaran betapa rakyat Turki masih mengharapkan “kepulangannya” kerana tidak mahu menghempap badannya dengan batu marmar tersebut. SEBENARNYA MAYAT ATTATURK DIMUNTAHKAN SEMULA OLEH BUMI setiap kali hendak dikebumikan.

Inilah akibat menentang kebenaran. Kebenaran itu dari Allah. Sesiapa yang menentang Allah akan musnah.. Musnah mengikut cara yang kadangkala tidak terfikir oleh manusia.

Apa yang menimpa Kamal Ataturk masih ringan jika dibandingkan dengan nasib penentang kebenaran yang terdahulu. Kerana kebenaran yang ditentang oleh Kamal Ataturk di zamannya bukanlah kebenaran yang dijanjikan seperti yang ditentang oleh Firaun, Namrud atau Abu Lahab. Kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad s.a.w. adalah kebenaran yang dijanjikan oleh Allah. Oleh sebab itulah, Namrud, Firaun dan Abu Lahab menerima padah yang begitu dahsyat sekali.

Mujurlah kebenaran yang ditentang oleh Kamal Ataturk bukan kebenaran yang dijanjikan. Jika tidak, nasibnya akan lebih parah lagi. Kalau ditakdirkan beliau menentang kebenaran yang dijanjikan, beliau akan mendapat pembalasan atas dua sebab, sebagaimana nasib yang menimpa Firaun dan Narnrud.
Pertama, kerana mereka zalim. Kedua, kerana kebenaran yang mereka tentang adalah kebenaran yang dijanjikan. Sedangkan Kamal Ataturk dihukum hanya kerana Satu sebab sahaja iaitu zalim.

Hal ini sesungguhnya satu peringatan yang mesti kita pandang serius disebabkan kita hidup di zaman kebenaran yang dijanjikan. Sesiapa yang menentang kebenaran di Timur “zon kebenaran yang dijanjikan” ini akan menerima nasib yang lebih parah daripada apa yang menimpa Kamal Ataturk. Mungkin bala yang menimpa lebih dahsyat daripada apa yang telah menimpa Namrud, Firaun dan Abu Lahab. Cuma kita tidak tahu bagaimana bentuk penghinaan itu.

Zaman ini berbeza dengan zaman Kamal Ataturk. Kamal hidup bukan di awal kurun, iaitu ketika tidak dijanjikan datangnya seorang mujaddid yang membawa kebenaran yang dijanjikan. Tetapi kini kita hidup di awal kurun ke-15 Hijrah, iaitu di zaman seorang mujaddid muncul membawa kebenaran yang dijanjikan. Justeru itu penentang kebenaran yang dijanjikan kali ini akan Allah balas atas DUA SEBAB, iaitu KERANA ZALIM dan KERANA MENENTANG KEBENARAN YANG DIJANJIKAN. Jadi, bayangkanlah betapa BURUKNYA NASIB penentang kebenaran kali ini.

Era keganasan Kamal Aartuk kebetulan berlaku bukan di awal kurun (mengikut kurun Hijrah) iaitu pada tahun 1920-an hinga 1930-an. Ertinya, Kamal Ataturk hanya menentang kebenaran bertaraf “biasa” bukan kebenaran yang dijanjikan seperti yang dibawa oleh seorang Mujaddid. Zaman Kamal Ataturk juga tidak dijanjikan Islam akan bangkit dalam bentuk yang lebih global iaitu di tahap ummah seperti yang dijanjikan, oleh Allah pada zaman ini.

Oleh sebab itu Allah izinkan juga Kamal Ataturk berjaya mencapai cita-citanya. Matlamatnya hendak menjadikan Turki sebuah REPUBLIK SEKULAR dengan MENAFIKAN ISLAM sebagai “WAY OF life” dalam amalan masyarakat dan perlembagaan negara telah tercapai. Walaupun begitu, Kamal Ataturk tetap menderita dan telah menerima pembalasan kerana kezalimannya. Allah tidak akan membiarkan manusia yang menzalimi manusia lain hidup tanpa pembalasan sebelum tamat riwayatnya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Dua dosa yang Allah segerakan pembalasannya, iaitu dosa kepada ibu bapa dan penzaliman ke atas manusia lain.”

Justeru itu Kamal Ataturk dimatikan dalam keadaan yang begitu terhina sekali. Beliau mati membawa nama yang begitu jijik sekali. Bukan sahaja orang yang baik-baik tidak menyebut namanya dengan nama terhormat malah orang-orang jahat pun sudah melupakan dirinya.

Tetapi siapa yang menentang kebenaran di awal kurun ke-15 Hijrah ini, iaitu di zaman kebenaran yang dijanjikan, beliau tidak akan berjaya. Musuh Islam setaraf atau lebih jahat daripada Kamal Ataturk sekalipun, tidak akan dapat menyekat kebenaran ini.

Padah yang bakal diterima akan lebih dahsyat daripada Kamal Ataturk. Mungkin selain daripada mati dalam keadaan paling menghinakan (sama seperti Ataturk), perjuangannya, pun tidak akan berjaya. Ertinya, nasib penentang kebenaran yaang dijanjikan zaman ini akan dua kali lebih malang daripada Kamal Ataturk.